Review - MUNAFIK 2

Assalamualaikum Semua,
Alhamdulilah, hari ini mood 'berlari' datang kat abang,
hahahahahha...

Seperti yang dijanjikan hari ini abang belanja..
Review - MUNAFIK 2!

Al-Kisah,
Sebenornya abang dah menengok filem ni masa hari ke2 tayangan,
Tapi dari sehari ke sehari..
Tak muncul2 moodnya...hahahahaa....
Syukur ia datang hari ini.. haha..

Ada yang cakap filem ni tak 'best' dan membosankan,
Bagi abang filem ni best teruk kot (best sangat5x)
9.8/10 abang bagi..

Bayangkanlah, 
Selalunya, Abang kalau masuk wayang mesti air dan makanan habis dulu dari wayang,
Tapi untuk MUNAFIK 2 ini..
Air dan makanan tak habis kome...
Lebih separuhhh...
Tidak berusik... 

Filem ini terlampau sarat dengan mesej!
Abang macam tak boleh bernafas menengoknya...hahaha..
Tidak tahu macam mana nak 'explain'..
Bagi kome faham.

Banyak yang abang belajar dari filem ini..
Serius banyak..
Ada babak yang boleh buat kau menangis keinsafan.
Ada babak yang boleh buat kau marah disebabkan kejahilan.
Ada babak yang boleh buat kau TERKEJUT BERUK!
(Memberuk sakan abang dalam wayang tu)
hahahahahahahhaha...........

Pujian harus diberi buat pelakon-pelakon dalam filem ni !
Terbaik bohhhhhh...



Terutamanya, MAYA KARIN, masa jilat darah di lantai terbaik woii..
Dia memang sesuai jadi hantu! hahahha...
Walaubagaimanapun, hati abang tetap pada Nabila Huda..haha

Lagi sorang yang harus diberikan kredit adalah 
MAWI!

Abang tak sangka yang Mawi ni berbakat..
Menjadi lakonan dia kali ni..
Hilang dah kayu/kaku semua..

Ehh..ada lagi seorang yang abang nak puji..
Adik Zara, 

yang membawa watak Aina, anak kepada Sakinah.
Pandai kau dik,
Abang doakan 'one-day' kau boleh jadi se'power' Maya Karin.

Kejap, hahahah...
Ada satu lagi watak yang berjaya mencuit hati abang,
(ayat dia.... hahahahahah)
Watak Iblis yang mengacau Ustaz Adam,


Abang suka sebutan dia, sedap dengar!
Dan menjadiiii...
Serammmmmm...

Lawa orangnya kome..

Weni Panca namanya, pelakon kelahiran Indonesia.
(Abang belanjer sikitlah...hahahahha)
..........................................................................................

Banyak-banyak dialog 'power' yang disebut dalam filem ni,
Ada satu dialog yang betul-betul tajam dan tembus ke hati abang!

Ayat dia macam ini,

"Akan ada satu makhluk lagi yang muncul dan 
menghasut anak Adam selepas syaitan dan iblis iaitu DAJJAL!"
(Dibaca dengan nada yang syaitan - pikirlah sendiri nada tu macam mana)
hahahahahahha...

Ia jelas menunjukkan SKRIPnya baguss!

Selain itu, 
Dalam filem ni, Tidak ada pelakonnya yang mendedahkan aurat!
Power doh...!
Tidak perlu hantu rambut mengerbang!
pakai telekung pon serammmm..


Abang serius puas hati dengan mesej yang hendak disampaikan
dalam filem ini sama ada yang tersirat dan yang tersurat.

Sebab ada beberapa babak yang Syamsul cuba nak perli golongan sesat
 seperti puak Syiah! 


Selain itu, 
Untuk kita pun ada jugak,
Kita mengaku Islam, tapi tak buat apa yang dituntut.
Macam mana kome,
Allah, muhasabah diri abang tengok filem ni.
.................................................................

Perasan tak markah abang bagi 9.8 jer... masih kurang 0.2..
0.2 tu letak pada 'Habit jimat elektrik' mereka..
ahahhahahaha...
Gelap jerrr... Udahlah abang ni rabun...

Lagi satu, 'scene' yang tidak logik dan bertentangan dengan era hari ini..
Tapi abaikan jelahhh..
Abang terima dan ia hanyalah kekurangan yang kecik jer, 
Nak dibandingkan dengan mesej sarat dalam filem ni.
...............................................................................................................

Agak-agak,
Siapalah yang akan membintangi MUNAFIK 3?
Kalau ikut MUNAFIK 2,
Ustaz Adam mati dah..
Mawi pon mati dah...

Tinggal Zara dan Bapak Adam jerr...
Kot Azwan Ali...jadi hantu baguslah... HAHAHHAHAHA...

Abang harap ada wajah-wajah pelakon 'power' dalam list Munafik 3..
Fauziah Ahmad Daud ke, 
Ellie Suriati ke, tak pon Fauziah Nawi...

Nampak tak, kelas pelakon pilihan abang semua tua2 jer.
HAHAHAHA...
............................................................................................................

Akhir kata,
Semakin banyak pemergian alim ulama,
Semakin kita terdedah kepada fitnah penyebaran ilmu yang sesat.

Agaknya, bagaimana kita nanti menghadapi fitnah DAJJAL??

Wasalam.



Comments

Popular Posts