Gejala Pembuangan Bayi di Malaysia
ASSALAMUALAIKUM SEMua,
Alhamdulilah, dpt lg TS mencoret-mencoret kat dinding blog TS neh....
arineh, TS nk kongsikan kajian TS dgn korg ! hu3
sem neh TS amek subjek "kekeluargaan islam"
so, kitrg kner wat kajian tentg tjok2 yg diberikan !
TS dpt Tjok "Pembuangan Bayi"
memg seram tajuk neh.... sedih pon ade jgak taw!
yelah ! bayi yg x berdosa menjdi mgsa !
MasyAllah.... kesian kot kat budak2 tu...knplah ade manusia yg kejam
kat dunia neh !
nak taw lebih kanjut bacerlah sendiri yer !
layan ! ( namepon kajian ! so agaklah boring :) )
TAJUK : PEMBUANGAN BAYI
PENDAHULUAN
Gejala
pembuangan bayi di kalangan masyarakat Malaysia kini semakin serius sehingga
kerajaan terpaksa meminda beberapa akta termasuk Kanun Keseksaan bagi menjatuhi
hukuman mati mandotori terhadap pesalah yang menyebabkan kematian bayi yang
dibuang. Gejala ini yang menular secara berleluasa, kesan akibat hubungan seks
bebas kini mula membarah dalam masyarakat.
Selaras
dengan itu, saya telah membuat satu kajian untuk mencari factor-faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia, terutama sekali
melibatkan golongan remaja.
Masalah
sosial yang begitu serius ini telah membuka mata saya untuk turut sama membantu
bagi menyelesaikan isu yang semakin bertambah parah, terutama untuk
mengenalpasti kesan-kesan daripada masalah pembuangan bayi di kalangan remaja
di Malaysia bagi mengurangkan kes-kes pembuangan bayi.
Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil
turut bekerja keras untuk menangani masalah pembuangan bayi dalam kalangan
remaja ini. Beliau telah mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes
pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini sebagai satu langkah kawal
sedia yang bestari.
Dalam
masa yang sama beberapa NGO turut membantu mengenalpasti, mengumpul data,
mendidik dan mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat
agar bersama-sama menangani masalah pembuangan bayi dan merangka plan tindakan
secara bersama untuk mencegah amalan ini daripada terus berleluasa dalam
masyarakat.
DEFINISI
Definisi
pembuangan bayi ini adalah mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan
‘buang’ membawa maksud iaitu mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan
menghilangkan. Manakala, perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru
dilahirkan oleh ibu. Justeru, maksud ‘pembuangan bayi’ pula adalah perbuatan
mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata
tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang diberikan ini mampu
memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi tentang masalah pembuangan bayi ini.
Tindakan membuang bayi ini adalah jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya
dalam islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93 :
“ Dan sesiapa yang membunuh seorang
mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka
kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”.
FAKTOR-FAKTOR
·
Kekurangan didikan agama
·
Pengaruh rakan sebaya
·
Sikap masyarakat yang suka mengkritik
dan menghukum golongan remaja
·
Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu
yang baru
·
Masalah perkahwinan
·
Pengabaian kasih sayang
·
Keruntuhan institusi keluarga
Dalam
hal ini kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama antara
factor utama kes pembuangan berlaku. Kebiasaannya golongan remaja merupakan
golongan yang terlibat dalam kes ini. Inilah kesannya apabila rohani seseorang
remaja tidak diisi dengan ajaran agama secara mendalam. Kekurangan didikan
agama menyebabkan mereka tiada haluan hidup lalu terlibat dalam gejala negatif
antaranya ialah pergaulan bebas dengan menjalankan pergaulan bebas dengan
menjalinkan hubungan di luar tabii antara lelaki dan perempuan sehingga
menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Seterusnya, remaja
tersebut akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru
dilahirkan di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya. Lebih teruk
lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang meraka lahirkan
semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka.
Selain itu, faktor kedua adalah
disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana pada usia muda, remaja
amat muda dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka terutamanya apabila bergaul
dengan rakan sebaya yang negatf dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negative
dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif
ini akan mengajak mereka melakukan perkara-perkara yang diluar batasan
agama. Norma masyarakat misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko,
menghisap dadah dan melakukan perkara yang merosakkan akidah. Remaja yang
terjebak dalam perkara negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan
akhirnya menyesal dan tidak menemui jalan penyelesaian apabila mendapati bahawa
dirinya mengandung. Dalam keadaan terdesak, tanpa berfikir panjang mereka
mengambil keputusan membuangkan bayi mereka.
Sehubungan itu, sikap masyarakat
yang suka mengkritik dan menghukum golongan remaja yang terlibat juga
menyebabkan masalah social ini berlaku. Hal ini kerana apabila seseorang remaja
melahirkan anak luar nikah hasil hubungan sulit mereka semestinya masyarakat
setempat menghina dan memandang rendah kepada mereka. Selain itu meraka juga
danggap menjatuhkan maruah keluarga masing-masing. Demi menjaga maruah diri dan
keluarga, remaja tersebut mengambil keputusan mudah dengan membuangkan bayinya
di tempat-tempat tertentu untuk mengelakkan daripada dipandang hina oleh
masyarakat setempat. Mereka yang terlibat tidak sepatutnya dicemuh dan dijijik
sebaliknya diberi bantuan dan sokongan moral daripada perbagai pihak tertentu.
Faktor yang terakhir adalah sikap
remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru atau sifat ingin tahu. Sifat ingin
tahu tentang sesuatu kelainan memang wujud dalam diri seseorang remaja itu.
Kebiasaannya, mereka ini gemar mencuba sesuatu benda yang baru dan menarik.
Remaja berfikir bahawa mereka menjadi matang dan lebih dewasa apabila mencuba
sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain tertutamanya seks rambang. Mereka
juga beranggapan pada usia remaja mereka patut berseronok dan bergembira
sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Mereka seharusnya berfikiran
rasional dan bijak dalam menilai baik dan buruk apabila membuat sesuatu perkara
supaya tidak menyesal dikemudian hari.
Faktor perkahwinan juga boleh
dijadikan punca sebabnya masalah pembuangan bayi semakin meningkat. Budaya
masyarakat melayu, umpamanya yang melibat hantarab, persiapan perkahwinan. Hal
ini bileh menyebabkan mereka yang ingin mendirikan rumah tangga berasa amat
tertekan kerana mereka tidak mampu untuk menyediakan wang hantaran. Apabila
anak muda terlalu ghairah inginmmendirikan rumah tangga tetapi kerana factor
ini mereka ridak dapat mengawal nafsu dan akhirnya mereka melakukan zina, maka
lahirlah anak di luar nikah.
Disamping itu, pengabaian dalam
memberi kasih sayang juga adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan
risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakt. Hal ini dapat dilihat
di mana, semakin meningkat masalah ini da;am kalangan pekerja-pekkerja kilang
terutama remaja yang datang dari kampong. Ibu bapa mesti sedar dan meluangkan
waktu bersama, sebagaimana sibuk sekalipun, harus memperuntukkan waktu untuk
bersama anak-anak agar mereka merasakan diri mereka sentiasa disayangi dan
dihargai.
Seterunya ialah keruntuhan intitusi
keluarga, keruntuhan intitusi keluarga islam juga menjadi factor berlakunya
masalah pembuangan bayi. Pensyarah di akademik Islam, Universiti Malaya, Prof
Madya HashimYahya, menyatakan beliau tidak menafikan gejala social yang
kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masayarakat
Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya intitusi kekeluargaan.
KESAN-KESAN
Kesan-kesan
pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan
kepada bayi, kepada ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang
terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada
Negara kita sendiri.
1.
kesan kepada bayi yang dibuang
Anak merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga yang
perlu kita hargai dan bukannya di buang sesuka hati. Tetapi, bayi ini dikatakan
menjadi bebanan kepada pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak mahu
bertanggungjawab di atas keterlanjuran mereka. Jalan singkat yang mereka fikira
boleh melepaskan mereka daripada masalah adalah dengan cara membuang bayi yang
tidak berdosa tersebut.
Sikap tidak
berperikemanusiaan mereka akan menyebabkan bayi tersebut menerima tempiasnya.
Pertamanya, bayi tersebut akan berhadapan dengan ajal dalam keadaan yang sangat
menyedihkan akibat perbuatan manusia yang tidak mempunyai hati nurani.
Bayi-bayi ini dibuang di tempat yang tak sepatutnya diduduki oleh bayi yang
masih kecil dan tidak kuat daya tahan badan. Sebagai contoh, bayi-bayi malang
ini dibuang di hutan, di dalam tandas, sungai, rumah kosong dan sebagainya.
Seterusnya, jika
bayi yang dibuang tersebut masih hidup, mereka akan berhadapan dengan tekanan
jiwa. Hal ini kerana status sebagai ‘anak pungut’, ‘anak haram’, dan pelbagai
gelaran yang negatif akan terus menghantui mereka. Mereka akan mengalami
tekanan jiwa kerana sering diejek oleh rakan-rakan mereka yang lain. Apakah
dosa mereka sehingga mereka terpaksa menanggung bebanan jiwa sebegini? Mereka
tidak bersalah, mereka tidak berdosa dan mereka tidak meminta untuk dilahirkan
ke dunia yang fana ini. Mereka terpaksa menanggung malu di sebabkan perbuatan
tidak bertanggungjawab ibu dan bapa mereka. Mereka terpaksa menanggung pelbagai
kesusahan hanya kerana menjadi anak pungut.
Menurut artikel
‘Dilema Anak Tong Sampah’, yang diterbitkan dalam Harian Metro bertarikh 1 Mac
2010, Khairul, 23, meluahkan,
‘Kalau dilahirkan hanya untuk dihina, dicaci dan ditipu
masyarakat, lebih baik kami dibiarkan mati saja. Kadang-kadang saya rasa ada
baiknya juga bayi dibuang ibu bapa itu meninggal dunia supaya dia tidak perlu
menghadapi kesukaran hidup seperti yang saya alami kini’
Dalam
artikel itu juga ada menyatakan Khairul tidak tahan dengan dugaan yang tidak
putus-putus hanya kerana dia bergelar anak pungut yang dijumpai dalam tong
sampah. Dia mengalami kesusahan mencari pekerjaan dan terpaksa menanggung
tomahan daripada masyarakat. Kakak iparnya sendiri mengeluarkan kata-kata kesat
kepadanya dan menidakkan haknya untuk menjaga anak kandungnya sendiri hanya
kerana statusnya sebagai anak tong sampah. Lihatlah kesan yang terpaksa
ditangung oleh anak pungut akibat kerakusan nafsu dan sikap tidak mahu
bertanggungjawab ibu bapa mereka.
Bayi yang dibuang
juga akan mengalami krisis identiti. Hal ini terjadi kerana mereka tidak
mengenal agama dan juga keturunan mereka. Mereka tidak mengenal ibu bapa
kandung mereka, bagaimana mereka hendak tahu asal usul mereka? Yang mereka tahu,
mereka adalah anak tong sampah, anak pungut dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
mereka mengalami krisis dalaman dan juga tidak tahu status dan juga agama
mereka. Yang mereka tahu, mereka mengikut agama keluarga angkat ataupun
mengikut sahaja apa-apa agama yang diajar oleh pusat asuhan mereka. Bayangkan
jika bayi tersebut berasal daripada keturunan yang beragama Islam, tetapi
dibela oleh orang yang buka beragama Islam. Maka, bertkarlah agama bayi
tersebut tanpa kerelaannya.
Bukan itu sahaja,
bayi atau anak pungut itu tadi akan berdepan dengan kesusahan ketika hendak
berkahwin. Hal ini kerana mereka tidak tahu keturunan mereka. Ada masyarakat
yang tidak boleh menerima anak pungut sebagai menantu mereka. Banyak kes
terjadi di mana bakal mertua mereka tidak merestui perkahwinan yang bakal
dilangsungkan hanya kerana mereka tidak mempunyai salasilah keluarga. Bagi yang
beragama Islam pula, yang perempuan akan menghadapi kesukaran mencari wali yang
sah sehingga terpaksa menggunakan wali hakim. Hal ini akan mendatangkan
pelbagai masalah kepada anak yang dibuang tersebut.
Akibat daripada
tekanan emosi dan pelbagai kesusahan yang dihadapi oleh anak yang dibuang itu
tadi, mereka mungkin terjerumus ke dalam lembah yang lebih hina. Kerana,
tekanan daripada masyarakat sekeliling menyebabkan mereka hilang arah tuju.
Sebagai contoh, mereka boleh bertindak ganas terhadap orang lain dan juga
terjebak dalam masalah sosial. Menurut Harian Metro arikh 14 November 2007,
tingkah laku ganas itu adalah akibat daripada cetusan perasaan baru untuk
mencapai kesempurnaan dan juga perhatian. Menurut artikel itu lagi, perlakuan
ganas ini dianggap normal dan meresahkan pakar psikologi.
Hal ini juga
disokong melalui artikel lain yang dimuatkan dalam Harian Merto bertarikh 1 Mac
2010, seorang ‘anak pungut’ atau ‘anak tong sampah’ menyatakan bahawa jika
semua anak pungut menerima seperti dirinya, nescaya lebih banyak masalah sosial
akan berlaku di negara ini, yang lelaki akan menjadi pencuri dan penjenayah,
manakala yang perempuan akan menjadi pelacur. Beliau juga menambah, jika mereka
melakukan kesalahan, mereka akan dipenjara. Sekurang-kurangnya, mereka akan
diberikan makan dan minum setiap hari dan mereka tidak perlu menahan lapar.
Kesan pembuangan bayi yang ini terjadi terhadap individu yang dibuang, tetapi
nescaya akan membabitkan negara jika masalah sebegini berlaku dalam kalangan
anak pungut tersebut.
2. kesan kepada ibu bayi
Kesan pembuangan bayi ini juga dapat dilihat kepada ibu
bayi itu sendiri. Wanita tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana membuang
anak sendiri. Pada mulanya, mungkin si ibu bertindak nekad membuang bayinya
hanaya kerana ingin menutup malu. Tapi, lama kelamaan, naluri keibuan yang ada
pada diri wanita akan menyebabkan seseorang itu menyesal atas keterlanjurannya
membunuh anak sendiri. Apabila sudah menyesal, wanita tersebut akan menjadi
murung dan berkemungkinan menjadi gila. Ada juga kes ibu bayi tersebut menjadi
gila setelah membunuh bayinya. Hampir setiap malam wanita itu bermimpi mayat
bayinya memburu dirinya. Hal ini adalah disebakan rasa sesal dalam diri wanita
tersebut lantas menyebabkan gangguan jiwa.
Selain itu, ibu
bayi tersebut berkemungkinan menghadapi gangguan kesihatan. Rasionalnya,
kebanyakan atau boleh dikatakan semua ibu yang mengandungkan anak luar nikah
akan bersalin seorang diri tanpa bantuan doktor. Mereka akan bersalin di dalam
tandas, di rumah dan di tempat-tempat yang terpencil. Tanpa ubat-ubatan dan
tenaga perubatan, mereka melahirkan zuriat mereka. Hal ini amat berisiko tinggi
kerana mereka bakal berhadapan dengan jangkitan kuman. Sepeti yang kita tahu,
apabila di hospital, terdapat pelbagai alatan yang diseterilkan. Hal ini akan
menyebabkan kuman gagal berjangkit. Tetapi, apabila mereka bersalin secara
bersendirian, mereka akan terdedah kepada jangkitan kuman yang akan merebak
menganggu kesihatan mereka.
Selain itu, akibat
bersalin secara bersendirian tanpa bantuan pakar perubatan, golongan ini akan
berisiko berperang dengan maut sekiranya pendarahan secara melampau berlaku.
Jika terjadinya hal tersebut, wanita itu akan kehilangan darah dengan banyak.
Seterusnya, mengakibatkan kematian. Hal ini kerana, mereka bersalin secara
bersendirian dan tidak dibantu oleh doktor.
Seterusnya, ibu
bayi tersebut juga akan berdepan dengan dosa yang amat berat kerana telah
membunuh. Mana-mana agama sekalipun melarang pembunuhan dilakukan. Islam juga
melarang perbuatan membuang dan juga mengggurkan bayi. Ianya merupakan dosa
besar kerana membunuh dengan sengaja sebagaimana yang telah disebut dalam Al
Quran, surah A.-Nisa ayat 93:
Maksudnya: “Dan
sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam,
kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Ibu bayi
itu juga bersifat seperti haiwan kerana sanggup membuang anak sendiri,
sedangkan haiwan juga tahu mengasihani dan menyayangi anak mereka. Ibu bayi itu
akan berhadapan dengan kemurkaan Allah, sepertimana firman Allah dalam surah
Al- A’araf ayat 179:
Maksudnya:
Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin
dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan
untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti
binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang
lalai".
Seterusnya,
ibu bayi itu juga akan berhadapan dengan tindakan undang-undang jika di dapati
bersalah membuang bayi. Ibu bayi tersebut akan diheret ke muka pengadilan
disabitkan kesalahan membuang bayi. Jika disabitkan kesalahan, ibu bayi
tersebut akan dikenakan hukuman mati. Menurut Berita Harian bertarikh 13 Ogos
2010, dalam artikel yang bertajuk ‘Hukuman Mati Kes Buang Bayi’,
‘Kabinet telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi
memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes
bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun
sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.’
Menurut Utusan
Malaysia bertarikh 13 Ogos 2010 juga, dalam artikel yang bertajuk ‘Hukum Mati
Jika Sabit Kesalahan’, Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
berkata:
‘Penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam. Menurutnya,
penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang
gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.’
3. Kesan kepada bapa bayi
Bukan sahaja ibu bayi yang akan menanggung akibat, tetapi ayah bayi
tersebut juga tidak akan terlepas daripada hukuman. Menurut Berita Harian
bertarikh 13 Ogos 2010, dalam artikel bertajuk ‘Hukuman Mati Kes Buang Bayi’,
polis akan menggunakan ujian DNA bagi mengenal pasti ibu dan bapa bayi yang
dibuang. Jadi, pihak lelaki akan turut sama terlibat dan tidak boleh melarikan
diri lagi.
4. kesan kepada keluarga pelaku
Kesan pembuangan bayi ini bukan sahaja dapat dilihat dari aspek bayi yang dibuang, ibu yang melahirkan, tetapi juga dapat dilihat dari aspek keluarga wanita yang melahirkan anak luar nikah tersebut. Keluarga ibu bayi tersebut akan menangung malu akibat daripada perbuatan anak mereka. Mereka bukan sahaja terpaksa menanggung malu kerana anak mereka berzina dan hamil sebelum berkahwin, tetapi mereka juga terpaksa menanggung malu akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab anak mereka membuang bayi yang tidak berdosa.
Kesan pembuangan bayi ini bukan sahaja dapat dilihat dari aspek bayi yang dibuang, ibu yang melahirkan, tetapi juga dapat dilihat dari aspek keluarga wanita yang melahirkan anak luar nikah tersebut. Keluarga ibu bayi tersebut akan menangung malu akibat daripada perbuatan anak mereka. Mereka bukan sahaja terpaksa menanggung malu kerana anak mereka berzina dan hamil sebelum berkahwin, tetapi mereka juga terpaksa menanggung malu akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab anak mereka membuang bayi yang tidak berdosa.
Seterusnya, akan berlaku keruntuhan
institusi kekeluargaan disebabkan wujudnya suasana tidak harmoni dalam
kekeluargaan. Keluarga tersebut pasti akan dicemuh jiran sekeliling menyebabkan
mereka berasa malu untuk bergaul dengan orang ramai lagi. Mungkin juga akan
berlaku penceraian kerana suami isteri saling meyalahkan anatara satu sama
lain. Si suami menyalahkan isterinya kerana tidak tahu menjaga anak, sehingga
menyebabkan anak mereka sangup menconteng arang di muka mereka, manakala si
isteri pula menyalahkan suami kerana tidak memantau aktiviti anak mereka dan
hanya tahu bekerja sahaja. Apabila penceraian berlaku, maka runtuhlah institusi
kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.
Akibat daripada penceraian yang berlaku,
maka anak-anak akan terbiar dan berkemungkinan mengalami tekanan emosi. Mereka
juga berasa bebas kerana ibu bapa mereka sudah bercerai. Maka, mereka akan
terdedah kepada gejala sosial kerana terpengaruh dengan rakan sebaya dan tiada
siapa yang mengawal tingkah laku mereka. Lantas, akan wujudlah generasi yang
mengulangi perbuatan yang sama. Sebagai contoh, dalam sesebuah keluarga, si
kakak telah menconteng arang ke muka ibu bapanya. Lalu, akibat tidak tahan dengan
tekanan, ibu dan bapa perempuan tersebut mengambil keputusan untuk bercerai.
Apabila penceraian berlaku, anak-anak akan terbiar dan lebih bebas. Lalu, adik
kepada remaja perempuan itu tadi berkemungkinan mengulangi kesilapan kakaknya
kerana keruntuhan institusi kekeluargaan yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Maka, wujudlah generasi yang berkelakuan sama.
5. kesan kepada masyarakat
Kesan pembuangan bayi yang semakin berleluasa ini juga boleh dilihat dari aspek masyarakat. Jika gejala ini tidak dibendung, akan wujudlah masyarakat yang tidak bertamadun kerana nilai kemanusiaan tidak lagi diutamakan. Jika kes pembuangan bayi terus meningkat dalam kalangan sesuatu masyarakat, masyarakat itu akan dilihat sebagai masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan kerana sanggup membunuh bayi yang baru hendak mengenal dunia. Masyarakat itu tidak ubah seperti masyarakat yang tidak bertamadun pada zaman dahulu. Masyarakat itu juga boleh disamakan dengan masyarakat pada zaman jahiliyah yang sememangnya bersifat tidak berperikemanusiaan.
Kesan pembuangan bayi yang semakin berleluasa ini juga boleh dilihat dari aspek masyarakat. Jika gejala ini tidak dibendung, akan wujudlah masyarakat yang tidak bertamadun kerana nilai kemanusiaan tidak lagi diutamakan. Jika kes pembuangan bayi terus meningkat dalam kalangan sesuatu masyarakat, masyarakat itu akan dilihat sebagai masyarakat yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan kerana sanggup membunuh bayi yang baru hendak mengenal dunia. Masyarakat itu tidak ubah seperti masyarakat yang tidak bertamadun pada zaman dahulu. Masyarakat itu juga boleh disamakan dengan masyarakat pada zaman jahiliyah yang sememangnya bersifat tidak berperikemanusiaan.
Seterusnya, masyarakat akan dipandang hina
jika berlakunya kes pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat tersebut. Bak
kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Apabila wujudnya
golongan yang tidak berperikemanusiaan dalam sesebuah masyarakat, maka seluruh
masyarakat tersebut akan menerima tempiasnya. Sebagai contoh, dalam kalangan
masyarakat Melayu ada terjadinya kes pembuangan bayi. Sebagai akibat, seluruh
masyarakat Melayu akan dipandang hina oleh masyarakat yang lain.
Kes pembuangan bayi ini juga akan
menjejaskan imej dan kredibiliti masyarakat. Masyarakat pastinya berasa malu
dan kecewa dengan apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat mereka. Sudah
semestinya remaja yang menjadi penyumbang utama dalam kes pembuangan bayi ini,
tetapi, masyarakat akan menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak
bermoral para remaja dalam kalangan masyarakat tersebut. Hal ini secara tidak
langsung akan menimbulkan persepsi negatif orang luar terhadap kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini berlaku.
Keharmonian dalam masyarakat juga tidak
akan wujud kerana masyarakat akan berprasangka buruk sesama sendiri. Apabila
berlakunya kes pembuangan bayi dalam sesebuah masyarakat, maka masyarakat
tersebut akan saling mencurigai antara satu sama lain. Apabila terjadinya
situasi sebegini, masyarakat tidak lagi hidup dalam keadaan aman dan tenteram
kerana sifat mencurigai antara satu sama lain telah bersarang di dalam hati
mereka.
6. kesan kepada negara
Tidak dinafikan pembuangan bayi juga memberikan kesan yang sangat besar kepada Negara. Rasionalnya, jatuh bangun sesebuah Negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan pastinya berlaku ialah pembangunan Negara akan terbantut serta ekonomi Negara juga sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala pembuangan bayi ini. Tambahan pula, perbelanjaan keraan turut meningkat untuk menampung perbelajaan bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.
Tidak dinafikan pembuangan bayi juga memberikan kesan yang sangat besar kepada Negara. Rasionalnya, jatuh bangun sesebuah Negara itu bergantung sepenuhnya kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan pastinya berlaku ialah pembangunan Negara akan terbantut serta ekonomi Negara juga sukar untuk berkembang disebabkan wujudnya gejala pembuangan bayi ini. Tambahan pula, perbelanjaan keraan turut meningkat untuk menampung perbelajaan bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.
Hal
ini kerana, bayi yang dijumpai biasanya ditempatkan di sebuah rumah kebajikan
masyarakt sebagai penempatan sementara. Duit yang sepatutnya boleh digunakan
untuk pembangunan Negara telah digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi
menangani gejala ini. Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan
sekiranya tidak dijumpai, maka , rumah kebajikan masyarakat pastinya menjadi
penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya membebankan pihak
kerajaan dan pihak berkaitan dari segi kewangan.
Selain itu, apabila wujudnya gejala
pembuangan bayi ini, kerajaan akan mengambil langakah mengatasi seperti
mengadakan kempen dan sebagainya. Semua itu memerlukan wang. Sebagai contoh,
kempen kami prihatin yang telah dilancarkan baru-baru ini. Terdapat juga lagu
yang dihasilkan khas bagi membendung masalah ini. Bayangkan, kerajaan terpaksa
berhabis wang untuk menyiapkan poster, iklan, lagu dan sebagainya. Hal ini akan
mengakibatkan negara mengalami kemunduran dari segi ekonomi.
Seterusnya, negara akan kehilangan generasi
pelapis yang bakal mencorakkan hala tuju negara. Hal ini disebabkan oleh remaja
sekarang berakhlak buruk. Bagaimana mereka hendak memimpin negara? Selain itu,
bayi-bayi yang dibuang itu adalah generasi pelapis negara. Jika mereka
dibiarkan dibunuh dengan sewenang-wenangnya, maka, populasi generasi pelapis
akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan kerugian kepada negara.
Selain itu, negara juga akan reputasi
negara juga akan terjejas. Seperti yang kita tahu, negara Malaysia merupakan
negara Islam. Jika wujudnya gejala pembuangan bayi ini, reputasi negara kita
sebagai negara Islam akan terjejas di serata dunia. Negara lain tidak akan
memandang tinggi lagi status negara kita sebagai negara Islam disebabkan oleh
gejala pembuangan bayi ini. Negara lain akan berpendapat bahawa negara Islam
juga mempunyai penduduk yang tidak bermoral dan tidak berakhlak mulia,
sedangkan negara lain yang bukan berstatus negara Islam tidak mempunyai kes
pembuangan bayi.
LANGKAH-LANGKAH
MENANGANI
Seperti yang kita sedia maklum,
remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara pada masa
depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini amat
menggerunkan kita. Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke
hari semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di
dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan
kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini
seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah
laku seksual semakin merebak. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding
jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya
boleh diatasi.
Antara langkah yang harus
diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak
berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam
mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi,
pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi
masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang
boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi
adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat
seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi
Langkah pencegahan daripada
pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan
mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan
hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi
pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang
lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi
dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Selain itu, pihak berkuasa juga
mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran
remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru
itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan
kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting
dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang
dilaksanakan..
Dalam menangani masalah ini,
ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik
anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan
mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan
anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh
itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga
hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk
mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh
membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada
anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak
langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka.
Selain itu, ibu bapa juga
mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih
sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan
kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai.
Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya
mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu,
pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak
boleh diatasi.
Selain itu, pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak
berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan
kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka
yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan
perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana
mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan
kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat
jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti
Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa
mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka.
Selain itu, persepsi masyarakat
mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah
tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan
dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif
dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras.
Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat
dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.
Dengan
ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani masalah
pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan
bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini.
Oleh itu, bersama-samalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi mengatasi
gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.
PANDANGAN
DARI SUDUT AGAMA
Surah
A.-Nisa ayat 93:
Maksudnya: “Dan
sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam,
kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta
menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Ibu bayi
itu juga bersifat seperti haiwan kerana sanggup membuang anak sendiri,
sedangkan haiwan juga tahu mengasihani dan menyayangi anak mereka. Ibu bayi itu
akan berhadapan dengan kemurkaan Allah, sepertimana firman Allah dalam surah
Al- A’araf ayat 179:
Maksudnya:
Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin
dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan
untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti
binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang
lalai".
STATISTIK
KES PEMBUANGAN BAYI DI MALAYSIA
STATISTIK KES-KES
PEMBUANGAN BAYI ( 2005 HINGGA
2010)
NEGERI
|
BILANGAN KES PEMBUANGAN
BAYI
|
|
PERLIS
|
1
|
|
KEDAH
|
17
|
|
PULAU PINANG
|
22
|
|
PERAK
|
19
|
|
SELANGOR
|
105
|
|
KUALA LUMPUR
|
2
|
|
NEGERI SEMBILAN
|
24
|
|
MELAKA
|
3
|
|
JOHOR
|
83
|
|
PAHANG
|
17
|
|
TERENGGANU
|
5
|
|
KELANTAN
|
10
|
|
SABAH
|
65
|
|
SARAWAK
|
34
|
|
JUMLAH
|
407
|
|
*MENGIKUT STATISTIK POLIS DIRAJA
MALAYSIA (PDRM)
KERATAN
AKHBAR
Keratan
Akhbar Utusan Malaysia, 6 Ogos 2010
Tajuk: Tiga Bayi Comel Ditinggalkan Ibu Sebaik Dilahirkan.
Tajuk: Tiga Bayi Comel Ditinggalkan Ibu Sebaik Dilahirkan.
Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 6 Ogos 2010
Tajuk: Bayi Lelaki Berbogel Ditinggal Dalam Kotak
Tajuk: Bayi Lelaki Berbogel Ditinggal Dalam Kotak
Keratan Akhbar Utusan
Malaysia, 8 September 2010
Tajuk: Bayi Ditemui Di Tepi Tong Sampah.
Tajuk: Bayi Ditemui Di Tepi Tong Sampah.
Keratan Akhbar Kosmo, 24 September 2010
Tajuk: Pelajar IPT Tidak Mengaku Buang Bayi
Tajuk: Pelajar IPT Tidak Mengaku Buang Bayi
Keratan
Akhbar Berita Harian (HIP), 24 September 2010
Tajuk: Anak Angkat
Tajuk: Anak Angkat
Keratan
Akhbar Metro, 21 Ogos 2010
Tajuk: Mayat Bayi Di Pondok Bas
Tajuk: Mayat Bayi Di Pondok Bas
Keratan
Akhbar Metro
Tajuk:
Bahana Seks Bebas
Keratan
Akhbar Perdana, 20 Disember 2009
Tajuk:
Bapa 3300 Anak haram, Pak Ya gigih selamatkan remaja terlanjur
Surat
Khabar Perdana, 20 Disember 2009
Tajuk:
Sarena Seronok Hingga Hamil
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap
warga Malaysia tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggenbleng tenaga
untuk mencegah dan membanteras supaya masalah pembuangan bayi ini tidak menular
dengan lebih serius.
Pihak
atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka
dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti ceramah atau
motivasi kepada remaja supaya mereka lebih mendapat informasi tentang gejala
ini dan sedar akan kesan buruk yang akan mereka hadapi daripada perbuatan yang
tidak bermoral ini.
Dengan
usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit
sebanyak dapat megurangkan masalah ini
daripada terus menjadi satu masalah berbahaya di Negara Malaysia ini.Tiada
siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita
adalah merupakan ahli masyarakat.
Ekoran
itu, ibu bapa adalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka
daripada kecil. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya
wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab. Masyarakat perlu mengambil tahu serta
cuba membanterasnya seterusnya wujud masyarakat yang bersifat penyanyang.
SEKIAN
TERIMA KASIH
KASIH SAYANG YANG TERPINGGIR… INSAN TAK BERDOSA MENJADI MANGSA
TANSREE MARFIKA ADNAN HARIS FADZIAH :)
Comments
Post a Comment