AKU ADALAH WARTAWAN
Assalamualaikum semua,
Lamakan abang tak berkongsi cerita dengan korang. Hehe..
Almaklumlah, tuntutan kerja yang tinggi menghalang
abang nak berkongsi cerita dengan korang semua.
Tapi takpa, harini abang macam free.
So, bolehlah mendengar cerita abang kan.
Berbalik pada tajuk utama "Aku Adalah Wartawan"
Sebenarnya abang langsung tak sangka yang abang akan sampai ke tahap ini.
Papepon, syukur Alhamdulilah.
Terima Kasih Allah.
Jujur abang cakap,
abang bukanlah seorang pelajar yang pandai apetah lagi hebat.
Waktu kat UNISEL dlu,
abang langsung tak menyerlah kat fakulti abang (FCM).
Yelah, result pun tak gempak.
3 lebih sikit jer setiap sem berbanding dengan kawan-kawan abang yang sentiasa
DEKAN! DEKAN! DEKAN!
Tapi tulah, walaupun result tak gempak mana, rezeki untuk
menjadi seorang wartawan tu tetap ada.
KRONOLOGI BERMULA!
Pada awal bulan November tahun lepas,
abang dikejutkan dengan panggilan telefon dari BERNAMA
yang mengatakan abang terpilih untuk ambil exam.
Abang jujur jelah ngan bos abg yg abg nak p exam Bernama.
Than, nk amek Anual Leave.
Idak dibg kome... So, abg amek jer cuti tanpa gaji :)
Ramai ckp yg abang ni bodoh sebab jujur.
Tapi bagi abang, biorlah abang dari menipu kannn..
HARI EXAM
Alhamdulilah,
Dengan persediaan yang dibuat abang pun p lah jawab examnya.
Mak ai, susah giler kome. Tuhan jelah yang tahu.
Abang langsung tak confident yang abang boleh lepas exam tu.
Pada hari exam tu,
sahabat abang dari UNISEL, Hiz atau Hafiz pun ade jugak.
Diapun cakap exam tu susah.
Budak english gempak pun kata susah apatah lagi abang yang sangat2lah kampung ni.
Berdoa jelah.
Awal Disember,
sekali lagi abang dikejutkan panggilan telefon yang abang berjaya ke peringkat interview.
OMG!!!!! giler kentang doh..
sekali lagi abang termenung tak percaya yang abang lepas ke interview.
Abang merepek jer kot kat kertas aritu.
Papepon, Alhamdulilah...
Dari beratus orang yang ambil exam aritu,
40++ orang sahaja yang berjaya ke peringkat seterusnya.
Abang salah seorang daripadanya! hahahahah.....
banggelah sikit.
Kawan abang si Hiz tu pun berjaya jugak!
( Hidup UNISEL! tibe2 :P )
Kami semua di bahagiakan kepada 4 sesi, pagi dan petang selama 2 hari.
HARI INTERVIEW
Orang lain semua kena interview dalam Bahasa Inggeris
tapi abang Dalam Bahasa Malaysia. Hahaha.. (abg yg mintk nak interview in Malay)
Abang dah cakap awal2 yang abang memang tak pandai berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Maka redah jelah! siap pakej 3 lagu abang nyanyi masa tu. :P
Alhamdulilah, interview berjalan dengan lancar.
Tapi abang langsung tak meletakkan sebarang harapan.
Sebabnya, sebelum abang interview salah seorang daripada penginterview
cakap yang mereka nak wartawan yang fasih dalam kedua-dua bahasa.
Punah di situ ! Sedeh!
Namun abang x berenti terus berdoa dan berdoa.
Awal Januari kakak abang dari Bidor kol abang,
Katanya ade surat dari BERNAMA!
Seriouslah????
Abang di suruh membuat pemeriksaan kesihatan!
(orang gomen rope itu ler)
Sekali lagi kejutan ELEKTRIK kat otak abang!hahahaha...
tersangatlah tak sangka yang abang berjaya lepas interview tu.
HARI UJIAN KESIHATAN
Giler nebes mak aishhh!!
Mana taknya Blood pressure abang semedangnya tinggi !!!
Tak penah-penah la nak rendah.
Hahhahahahahaahahahah
Masa Ujian Kesihatan ni,
pertama kalinya abang kena diperiksa segala jenis organ!
hahahahahha.... ^$$@#%(&*%%&*$* #kimK
(PAHAM-PAHAM JELAH)
Ini ujian nak jadi ASKAR atau ujian nak jadi WARTAWAN?
Siap soh batuk2 bagai... ahhaahhaha
sabar jelah :P
Sekali lagi abang akur yang Dr. cakap abang ni rabun warna,
over weight n high blood pressure!
Abang pasrah dan hanya mampu berdoa pada Allah.
Nak dijadikan cerita, penghujung tahun 2015 mak abang p Makkah.
So, abang soh mak abang doakan tok abang.
Pulang jer mak abang kat Malaysia,
Dengan kuasa Allah, Alhamdulilah
Abang dpt panggilan drpd staff HR Bernama.
Mereka suruh abang buat persiapan sebelum
lapor diri pada 2 Februari ! Yeay ! :)
Macam tulah serba sedikit kronologi sebelum abg bergelar wartawan.
Walaupun ada scene2 yang dipotong !
hahahahahhahaha...
Apa yang boleh abang kongsikan di sini,
Dalam apa yang kita lakukan, KAU HARUS JUJUR!
berkat kejujuran tu penting tau kome!
Lepas tu jangan putus berdoa dan terus berdoa!
Jangan lupa soh Mak n Abah korang doa jugak,
InsyaAllah, jika dh tertulis itu rezki korg, ia pasti rezki korg!
Jangan sesekali pernah mengalah!
Oklah, itu saja buat masa ni.
Ade rezki abang crite lagi k :)
with love
Marfika Adnan HF <3 p="">
3>
Comments
Post a Comment