AMIRUDIN ABDULLAH PELAJAR CACAT PENGLIHATAN, CEMERLANG DALAM SPM

Assalamualaikum kome, 
Arini abang nak share ngan kome story 'byline' pertama abg! hehe...

"AMIRUDIN ABDULLAH PELAJAR CACAT PENGLIHATAN, CEMERLANG DALAM SPM"

          KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- "Walaupun saya tidak boleh melihat  seperti orang normal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)," kata Amirudin Abdullah.

Remaja yang cacat penglihatan sejak berusia satu tahun itu adalah seorangpelajar cemerlang SPM 2015 bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) peringkat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Amirudin, 19 tahun berkata keputusan 9A 1B yang di perolehnya hari ini adalah hadiah yang sangat bermakna buat dirinya.

 "Saya bersyukur, berkat usaha saya selama ini telah membuahkan hasil.

"Walaupun, saya begini, saya berbangga dapat mengembira ibu bapa saya,"
katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sidang media pengumuman keputusan rasmi SPM 2015 di sini hari ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu turut berkongsi kegembiraan bersama
adik perempuannya berumur 18 tahun yang turut cemerlang dalam SPM dengan
memperoleh 11A.

Tambahnya, setiap kali beliau pulang bercuti di rumah, beliau akan memanfaatkan masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran bersama adiknya.

"Adik banyak membantu saya dalam subjek Matematik kerana subjek ini banyakmenggunakan gambar rajah, ia sangat susah buat saya.

"Kami akan berbincang dalam menyelesaikan sesuatu soalan, walaupun cara
pembelajaran kami berbeza," kata Amirudin yang merupakan bekas pelajar di SM
Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur.

Diminta menceritakan tentang cara beliau belajar, Amirudin berkata beliau
memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan tidak suka menangguhkan kerja
rumah yang diberikan cikgu.

"Saya juga sering amalkan bangun awal pagi bagi menunaikan solat sunat hajat
dan tahajud. Selepas saya selesai solat sunat, saya akan mengulang kaji
pelajaran kerana waktu pagi adalah waktu paling sesuai untuk mengulang kaji," katanya.


CREDIT : http://www.bernama.com

Comments

  1. alamak, saya ada cakap semua ni ke? macam tak percaya pulak! satu lagi, ada post gambar kat sini ke? nak mintak izin muat turun ya, simpan. tq berbanyak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts