NAJIB BERSELEROH?

Assalamualaikum,
Abang kembali bercerita hari ini,
Tengok tajuk pun dah seram kan??
HAHAHAHA..

Baru-baru ini, abang dipanggil untuk membantu 'desk' sebelah,
Bagi membuat liputan Kes DS Najib & DS Rosmah,

Ya, tidak dinafikan memang abang nak sangat,
Seronok 'kome' apabila dapat turut serta dalam 
kerja-kerja yang mencatat sejarah macam ini..
Hehehe..

Tapi, 
Abang bukan nak bercerita pasal apa yang berlaku pada hari kejadian,
Abang hanya nak berkongsi dengan korang,
'Moment' lawak yang abang hadapi!
HAHAHAHA..

Untuk kes pada hari kejadian,
Abang dikehendaki untuk membantu 'team' DS Najib,
Senang cerita, 'cover' Najiblah


Maka nak dijadikan cerita,
Abang ditugaskan untuk merakam DS Najib masuk dan keluar 
dari mahkamah.

Untuk memastikan video kita itu ada 'value'
Cara abang, abang akan cuba berkomunikasi dengan 'fokus abang'
Fokus abang hari kejadian adalah DS Najib

Abang takkanlah tanya dia soalan yang berat-berat,
Contohnya, "Pandangan Datuk Seri tentang UMNO sekarang?"
Memang idaklah!

Comfirm-comfirm idak akan jawab,
Maka,
Abang tanya soalan senang-senang jer,
Contohnya,
Macam dalam video kat bawah!

Tapi,
REAKSI DS NAJIB yang mahal tu!
HAHAHAHHAHA..
Langsung tidak abang jangka dia akan 'respond' macam itu,
Korang tengok jawapan dia,
Adakah dia BERSELOROH atau MENGATA???
Korang nilai sendiri.


(Kalau video ini tidak boleh dibukak,
Korang boleh tengok di
IG atau Twitter abang, @marfikaadnanhf 😘)

Korang dengar tak DS Najib cakap apa??

Semasa DS Najib sedang berjalan untuk masuk  ke dalam  Mahkamah Tinggi 3, KMKL
Abang : “Datuk Seri sihat, Datuk Seri?”
DS Najib : “Awak nampak lagi sihat,” katanya sambil ketawa

Selepas selesai prosiding kesnya, Abang sekali lagi sempat bertanya kepada DS Najib
Abang : “Datuk Seri, is everything okay, Datuk Seri?”
Najib : “You look very okay, very healthy,” semua gelakkan abang.

(Pada yang tak kenal abang, fizikal abang lebar atau bahasa saintifiknya GEMUK BAK BADAK tapi KACAKK
Hahahaha) 

Sejujurnya,
Bagi abang sendiri sebagai orang yang 'dikata'
Abang tak kisah,
Ada betul jugak katanya..
HAHAHAHHAHA....
Kita ambil sahaja ia sebagai kritikan yang membina.
Ya tidak, Datuk Seri,
HAHAHAHAHHAHAHAHA

Baik,
Di sini sahaja buat kali ini !
Jumpa nanti !
Bye.

Comments

Popular Posts